Tuesday, November 30, 2010
Monday, November 29, 2010
Penblwydd Hapus
Wednesday, November 24, 2010
Tweet 100% Bahasa Melayu pada hari Rabu
Polis Tatabahasa
Kes 1
Alamak. Datuk Sosilawati kene bakar.
Cis. Tak sempat aku nak bagitau die yang jenama barangan kosmetik "Nouvelle Visages" beliau mengandungi 2 kesilapan tatabahasa yang tiada tolok bandingnya.
Kesalahan pertama. Dalam French, 'visage' (muka) bersifat maskulin, manakala 'nouvelle' (baru) adelah adjektif yang bersifat feminin. Jadi memang tidak sesuai digandingkan bersama. Dalam Bahasa Melayu, ia boleh diibaratkan macam cakap, "Datuk Najib kelihatan anggun jelita hari ini." Adjektif yang sepatutnya digunekan adelah 'nouveau'.
Kesalahan kedua. Dalam "Nouvelle Visages", visages adalah plural (muka-muka) manakala nouvelle adelah adjektif untuk objek tunggal. Dalam French, pembilang adjektif mestilah seiring dengan noun. Kalau dalam English, kite kata 'one big house -> two big houses', tapi dalam French die akan jadi 'one big house -> twobigs houses'.
Maka, jenama tersebut sepatutnya berbunyi "Nouveau Visage" atau "Nouveaux Visages" (kalau nak plural). Nouvelle Visages berbunyi sangat terencat. Setiap kali dengar aku rase nak bakar orang. Eh, lawak tak kene tempat.
Kes 2
Aku selalu jalan-jalan kat Malaysia pastu nampak papan tanda seperti "Restoran D'Firdaus". Atau "Kedai Gunting D'Beautiful". Atau "Taman D'Cempaka Ria." Atau "Felda d'Saji Kuala Lumpur".
Dalam French, "de" bermaksud of. Bukan "the". Dan de akan dipendekkan jadi d' hanya bile diikuti dengan huruf vokal. Contohnya "Le pied d'Antoine." Anthony's foot (atau lebih tepat lagi, the foot of Anthony). Ini adelah untuk mengelakkan dua vokal bertemu (de + Antoine) dan membentuk diphthong. Walaupun makanan bufet Ramadan Felda d'Saji memang sedap nak mampus tiada tandingan, tapi kesalahan menulisd'Saji instead of de Saji memang terencat.
Sile contohi restoran Le Château de Puah (dekat Jalan Puah, Bulatan Pahang, Kuala Lumpur). Walaupun makanan tak sedap langsung, cekik darah, hina, rasa macam cirit, nasi bukhari rasa macam nasi tomato tak cukup rasa, burger die rase macam celah kangkang cimpanzi, pastu mahal nak mampus, TAPI tatabahasa yang digunekan dalam penjenamaan restoran tersebut perlu dipuji. Ia menunjukkan bahawa pemilik restoran tersebut telah mendalami aspek tatabahasa dan bukan hanya bagi nama membabi-buta asalkan kedengaran merdu, walaupun beliau lupa nak mendalami aspek pembuatan makanan sehinggakan makanan di restoran beliau tak sedap langsung, cekik darah, hina, rasa macam cirit, nasi bukhari rasa macam nasi tomato tak cukup rasa, burger die rase macam celah kangkang cimpanzi, pastu mahal nak mampus (*ulang bende sama*).
Jadi kepada sesiapa yang nak bukak empayar kosmetik atau restoran, sile pikirkan jenama anda sebaik-baiknya.
Sunday, November 14, 2010
Sejuta kali ganda
Friday, November 12, 2010
And I have just realized
ps: oiiiitt
Monday, November 8, 2010
Sunday, November 7, 2010
Yellow and black
Saturday, November 6, 2010
Festival of Light
To begin with, every year without failed, I wish both my macha, Azril Hairee and Nuhmandeen
HAPPY DEEPAVALI
In some place, they call it Dewali. Probably it's the correct one I guess. Well, I hope both of my macha had a blast. Cheers dey. Call me for one two macha LOL.
ps: sorry for the long silence