Thursday, January 28, 2010

Nampak macam sedap

This is quoted from one of my blog roll. Serious kelakar.


Keje lain takde. Sikit-sikit delete entri. Yela. Aku selama ni ingat aku tulis blog syok sendiri, takde sape bace. Lagipon aku takde letak followers kat sidebar sebab tanak dituduh perasan, jadi aku rase cam sikit je la followers aku. Yang datang banyak-banyak kat statistik tu sume sebab terbabas dari Google bile carik "hot Malay guy" pastu klik "I'm feeling lucky".

Tapi rupenye tidak. Aku baru sedar gerak-geri aku diperhatikan. Dan yang datang tu bukan sebab terbabas, tapi memang sebab diorang dah
bookmark blog nih ataupon memang blog aku diletak sebagai frontpage browser diorang. Haha. Ye aku memang seorang yang perasan.

Jadi bile aku padam entri-entri aku, itu bermakna aku merasekan entri tersebut tidak menepati piawaian, atau entri tersebut boleh mendatangkan syak wasangka dan fitnah.

Ala bukan kes berat pon. Saje antara member-member. Yela, sejak aku mengetahui bahawa rakan-rakan terdekat aku pon rupenye bace blog aku pastu dalam diam kutuk-kutuk, maka aku pon terasa
persecuted, terus aku cube ingat balik kalau-kalau ade entry yang kutuk diorang. Tapi selalunye, sebagai seorang yang jenis cakap tak pandang kiri kanan, aku memang kutuk diorang depan-depan baru tulis kat blog. Jadi tiada rahasia di situ.


ps: i forgot.have not been asking this for awhile.how are you guys doing lately?good i hope =)

1 comment: