Thursday, February 11, 2010

CEO Petronas Part 2

Gua baru find out kelmarin, rupa-rupanya former CEO Petronas tu, Tan Sri rupa-rupanya orang Sungai Petani. Bangga kejap gua dengan orang sekampung. Fortune 500 company punya CEO tu. Ranking 80 dalam 2009 punya Global Fortune 500 list, kalau lu orang nak tau la. Nice to know punya info =)

Sekarang gua faham kenapa pakcik gua dengan Tun beriya sangat offer gua post tu. Sorry guys. I didn't know it's a tradition that needed to be continue. Gua ada menyesal sikit sekarang. Takpa, macam gua janji dalam Part 1, gua akan accept tanpa banyak cakap sekiranya gua dioffer lagi position CEO tu next round. And maybe masa tu, gua akan nampak cemerlang macam Tan Sri dengan ilmu yang bakal dan telah gua belajar dari yahudi, kot-kot CEO sekarang ni tak boleh nak perform sangat.

Buat masa ni, gua masih lagi kat rumah mak gua dok makan gulai ikan. Hari-hari mak gua masak kat gua gulai ikan. Esok gua ingat nak suruh mak gua tukar gulai ketam pulak. Terbaik gua cakap lu. Nasib baik gua buat pilihan yang tepat untuk tak balik New York lagi. Salji lebat wooo kat sana. Mana Oger nih? Dah-dah la tu locum. Chess jom? Sapa kalah kena belanja pasembur. Amacam Oger? Ada bran?

Haaa sebelum gua lupa, fantasy football gameweek 25, gua tapau Hud punya point. Gua sangat bangga dengan pencapaian gua. Point gua tak banyak mana, 80 je (Hud punya point 72). Tapi kalau dengan 80 point tu gua dah rank nombor 23440, lu orang imagine la Hud punya rank haha.



ps: part fantasy football tu bukan fiction kali ni

No comments:

Post a Comment