Monday, January 31, 2011

iWish

I wish that Apple Inc. will release the update of Macbook Pro that-I've-waited-long-enough soon. I need a laptop. This one keep on crashing. I cannot tahan already. iPad? Tak cukup stim macam komputer lah...

And I also wish that Apple will reveal iPhone 5 soon. Gatal lah...



ps: selamat menyambut hari wilayah.gua cuti raya cina ni.lu orang?

Friday, January 28, 2011

Tak menang-menang jugak

Apahal la Shell ni?! Tak menang-menang jugak gua peraduan Rm30-ribu-seminggu ni. Dah penat kot gua isi minyak Shell tu. Gua nak pergi bercuti. Kasik chance la brader. Gua pon teringin jugak nak menang.



ps: yes twitting is much easier compare to blogging.different kind of stuff i guess.less brain on twitter =p

Wednesday, January 26, 2011

zarinahtakesapaycut

Well, that blog title did catch my attention. Yet to read it thoroughly. If you done some reading, please in detail tell me =D



ps: shanghai memang sejuk gila

pss: tengah malas

Tuesday, January 25, 2011

Overlooked

Okay cerita dia macam ni. Gua keja pagi harini. Gua pon bangun la pepagi buta nak siap-siap pi keja, belakang transport tak turn up. Area gua tinggal sekarang, geng-geng transport ni memang suka mengelat sikit. Tapi gua malas nak complain lebih, nak angin-angin marah tak tentu pasal, buat semak kepala gua je. So gua decide untuk proceed pi keja sendiri. Nanti gua kasik submit itu mileage claim. Padan muka lu orang.

Sure lu orang pikir boleh tahan mengada keja gua ni kan? Pi keja nak kena ambik. Balik keja nak kena hantar. Yes gua admit memang mengada. Tapi nak buat macam mana. Since day 1 dah diajar macam tu. Bukan salah gua. Ark? Oh gua lupa nak cakap. Mileage claim tu mau makan 3 bulan jugak la baru clear dapat payment voucher. Sungguh tak efficient.

Anyway, time gua on the way drive pi keja, lepas tol NKVE (time tu trafik nampak lancar gua terus 'YES!' dalam hati sesorang), trigger dalam kepala gua nak mintak parking slot kat basement office gua. Walaupun kurang efficient kadang-kadang tu, bagus jugak diorang ni. Kasik free parking untuk ad-hoc emergency-emergency macam ni. Thumbs up kat lu orang skit. Gua pon capai la phone gua yang tadak keypad ni, call office. Kutu office tu punyala bagus, siap tolong confirmkan dengan security, checkkan ada slot ke tak. And!!! Ada 2 slot. Cun... Satu untuk gua hehehe.

Tapi kutu tanya gua keja pukul berapa. Gua cakap 9.30 pagi. Dia pon check dia punya komputer kot. Tup-tup dia cakap kat gua "You keja esok kot?". Gua pon jawab "Aish harini la...". "Tapi system cakap harini Eddy. You esok" kutu betulkan gua. "Ooo yeke? Patah balik la nampak gaya ni. Hehe terima kasih" dengan harapan kutu sebenarnya bergurau kasar dengan gua di pagi buta. Harapan gua tak kesampaian. Gua hang up phone sambil bagi signal kiri. Gua terus stop tepi jalan.

Elok stop je, gua check schedule kat phone. Cipet! Rupanya betul esok gua keja, bukan harini. Gua paused 2 minit jugakla tepi jalan pikir apa nak buat. Nak u-turn memang no way la kat highway. So dengan slownya gua drive keluar next exit , join the morning-traffic-jam party kutu-kutu yang gua selalu bahan kena masuk office pukul 9. Padan muka gua kat situ.

Lepas berjaya meredah kesesakan lebuhraya urban (amacam hebat tak vocab melayu moden gua hehe) yang tak boleh bernafas tu, gua stop kat mamak kasik breakfast seround. Ada jugakla 2-3 orang awek office yang hot sarapan pagi usha gua, tapi gua tadak perasaan. Lu orang usha apa?

Moral cerita ni, tak kisah la berapa penat lu, lain kali untuk elakkan benda macam ni berlaku, double check la schedule kerja anda. Suruh kekawan tolong cross-check sekali. Biar nampak bodoh dan annoying, kalau tak, lu orang padan muka macam gua. Sekarang gua kat rumah, carik mood nak tidur balik. Hopefully lepas post blog ni gua boleh kasik trum terus.



ps: trum dan tup-tup ada sound effect yang menggambarkan verb dalam situasi yang berlainan.sila consult untuk usage instruction

pss: sorry gua pok-pek lebih harini

psss: ini adalah bukan satu fiction

Life as it is

And today I will extend my complacency for another 6 months (after completing the bi-annual recurrency check late yesterday). Thanks guys for the well wishes. I hope you guys will do well too.

Last weekend (well it was Thursday actually), Abah celebrated his 60th birthday. I realized it is a big thing that he made it to 60. Insyaallah Abah will have a long prosperous life. Will I make 60? Now I'm wondering. Guess I need to start putting on those the running shoe back on lah.

As for Francois, he's out of the rehabilitation center and back in his place near Fontainbleu, a suburb west of Paris. He said that he's now is back on his feet, walking as usual. I will pay you a visit in February boy!

And now, I hope many of you will #tweetlikeagirl =P




ps: kumar will seat his mrcs part two today.good luck macha

pss: im on my way to shanghai.now

Friday, January 7, 2011

First weekend 2011

Gila cepat. Harini dah hari jumaat. Esok dah first weekend of 2011.

Kelmarin gua isi minyak kereta gua kat Shell. Gua ada masuk satu peraduan ni. Kalau gua menang RM30 ribu, gua akan pledge RM5 ribu untuk bawak kekawan gua yang tak kahwin lagi pi holiday kat Siam seminggu he he he.

Kalau tak cukup budget lu orang tambah. Okay dak? Seribu lagi gua bayar zakat. Lebih tu gua kasik parents gua dengan bayar hutang =D



ps: dah berjuta kali gua masuk peraduan shell ni.harap gua menang kali ni.aminnnn

Thursday, January 6, 2011

The Tourist



Semalam gua dengan kekawan gua tengok wayang. Cerita The Tourist. Jalan cerita memang hancur. Tapi Angelina Jolie memang anggun cantik bergaya macam biasa. Sampai naik Eurostar konduktor tak check tiket dia lah. Kalau takat muka melayu macam gua jenuh kena fine.

Sikit fakta gua nak kongsi. Dalam cerita ni, Elise Clifton-Ward (Angelina Jolie) naik train dari Gare de Lyon, Paris ke Venice, Italy. Padahal Eurostar punya service kat Paris ada kat Gare du Nord saja. Lepas tu network train ni paling east sampai takat Zurich, Switzerland je. Italy tu sebelah timur Switzerland.

Gila kantoi homework producer filem ni. Jalan cerita lagi la. Lu orang fikir la sendiri. Pendek kata, tak payah la tengok. Unless lu orang tengok sangat Angelina Jolie. He he he


ps: member gua kena sound dengan bos semalam.gua rasa tak patot.kutu pms kot

pss: adik gua yang dah kahwin tu pindah seremban 2-3 hari lepas

psss: harini gua nak tengok hantu kak limah balik rumah pulak

Saturday, January 1, 2011

Azam 2011

Macam orang lain, gua ada azam tahun baru jugak. Tapi gua nak share satu ni je dengan lu orang.


Gua nak beli motor besar dengan Land Rover kalau gua kaya tahun ni

Sekian, terima kasih.

Selamat Tahun Baru 2011

Moga ianya akan menjadi tahun yang best jugak untuk lu orang. Cheers. Cewah...



ps: welcome to the year 2011 =)