Tuesday, January 25, 2011

Overlooked

Okay cerita dia macam ni. Gua keja pagi harini. Gua pon bangun la pepagi buta nak siap-siap pi keja, belakang transport tak turn up. Area gua tinggal sekarang, geng-geng transport ni memang suka mengelat sikit. Tapi gua malas nak complain lebih, nak angin-angin marah tak tentu pasal, buat semak kepala gua je. So gua decide untuk proceed pi keja sendiri. Nanti gua kasik submit itu mileage claim. Padan muka lu orang.

Sure lu orang pikir boleh tahan mengada keja gua ni kan? Pi keja nak kena ambik. Balik keja nak kena hantar. Yes gua admit memang mengada. Tapi nak buat macam mana. Since day 1 dah diajar macam tu. Bukan salah gua. Ark? Oh gua lupa nak cakap. Mileage claim tu mau makan 3 bulan jugak la baru clear dapat payment voucher. Sungguh tak efficient.

Anyway, time gua on the way drive pi keja, lepas tol NKVE (time tu trafik nampak lancar gua terus 'YES!' dalam hati sesorang), trigger dalam kepala gua nak mintak parking slot kat basement office gua. Walaupun kurang efficient kadang-kadang tu, bagus jugak diorang ni. Kasik free parking untuk ad-hoc emergency-emergency macam ni. Thumbs up kat lu orang skit. Gua pon capai la phone gua yang tadak keypad ni, call office. Kutu office tu punyala bagus, siap tolong confirmkan dengan security, checkkan ada slot ke tak. And!!! Ada 2 slot. Cun... Satu untuk gua hehehe.

Tapi kutu tanya gua keja pukul berapa. Gua cakap 9.30 pagi. Dia pon check dia punya komputer kot. Tup-tup dia cakap kat gua "You keja esok kot?". Gua pon jawab "Aish harini la...". "Tapi system cakap harini Eddy. You esok" kutu betulkan gua. "Ooo yeke? Patah balik la nampak gaya ni. Hehe terima kasih" dengan harapan kutu sebenarnya bergurau kasar dengan gua di pagi buta. Harapan gua tak kesampaian. Gua hang up phone sambil bagi signal kiri. Gua terus stop tepi jalan.

Elok stop je, gua check schedule kat phone. Cipet! Rupanya betul esok gua keja, bukan harini. Gua paused 2 minit jugakla tepi jalan pikir apa nak buat. Nak u-turn memang no way la kat highway. So dengan slownya gua drive keluar next exit , join the morning-traffic-jam party kutu-kutu yang gua selalu bahan kena masuk office pukul 9. Padan muka gua kat situ.

Lepas berjaya meredah kesesakan lebuhraya urban (amacam hebat tak vocab melayu moden gua hehe) yang tak boleh bernafas tu, gua stop kat mamak kasik breakfast seround. Ada jugakla 2-3 orang awek office yang hot sarapan pagi usha gua, tapi gua tadak perasaan. Lu orang usha apa?

Moral cerita ni, tak kisah la berapa penat lu, lain kali untuk elakkan benda macam ni berlaku, double check la schedule kerja anda. Suruh kekawan tolong cross-check sekali. Biar nampak bodoh dan annoying, kalau tak, lu orang padan muka macam gua. Sekarang gua kat rumah, carik mood nak tidur balik. Hopefully lepas post blog ni gua boleh kasik trum terus.



ps: trum dan tup-tup ada sound effect yang menggambarkan verb dalam situasi yang berlainan.sila consult untuk usage instruction

pss: sorry gua pok-pek lebih harini

psss: ini adalah bukan satu fiction

No comments:

Post a Comment